Advertisemen
Ngeri..30
Hari berturut-turut Jalani Rawatan Bekam, Lelaki ini Menderita Seumur Hidup !
"Sy
cuma sakit bahu tp pekerja tu nasihat sy teruskan rawatan (bekam) selama
sebulan penuh. Sy sendiri rasa ia tak masuk akal. 30 kali cawan bekam letak di
tempat yg sama. Anda rasa dia gila atau sy gila ?"
Akibat
menjalani rawatan bekam setiap hari selama sebulan, seorang lelaki berusia 63
tahun dari Sichuan, Li Lin, menderita apabila kesan bekam itu memburuk – dan ia
boleh dilihat dari 7 parut besar di belakangnya.
Laporan menyebut, lelaki
yang menderita akibat kolestrol tinggi, sakit bahu, dan beberapa penyakit lain
itu pada mulanya hanya berhenti untuk berbekam di sebuah kedai urut di Chengdu
pada Mei untuk rawatan bekam selama satu jam. Namun apabila dia merasa lehernya
sakit, dia kembali untuk berbekam semula.
Li Lin berkata : “Pekerja di pusat rawatan itu menasihati
saya untuk terus mengambil rawatan bekam selama sebulan untuk menyebuhkan sakit
bahu saya”.
Menurut Li Lin, cawan bekam diletakkan pada tempat yang
sama setiap kali rawatan.
Biarpun 7 kesan parut sudah pun kelihatan selepas 10 hari
rawatan, lelaki itu berdegil untuk menyudahkan rawatan sebulan itu dengan penuh.
Pada 20 Jun, selepas selesai rawatan selama sebulan itu,
dia merasa sesuatu yang ganjil pada badannya dan mengalami demam panas. Dia
kemudian dikejarkan ke hospital dimana doktor mendapati suhu badannya mencecah
37.7 darjah celcius.
Apabila diperiksa, doktor terkejut apabila mendapat
terdapat 7 parut besar di belakangnya.
Parut-parut itu telah memburuk dan terkena jangkitan
kuman. Sekiranya tidak segera ke hospital, dia berkemungkinan akan mengalami
sepsis.
Ahli
medik berkata berbekam sepatutnya tidak dilakukan di kawasan yang sama kerana
ia boleh menyebabkan kulit terbakar dan jangkitan.
Netizen di Weibo (laman Facebook versi China) mengecam
kedai itu kerana mengelirukan pelanggannya.
“Tak rasa sakit ke? Bagaimana dia boleh terus menerus
pergi rawatan bekam tu”, tanya seorang netizen.
“Kedai itu sangat tidak bertanggungjawab kerana
mencadangkan dia mengambil rawatan bekam setiap hari”, tulis netizen lain.
Add Comments